Tuesday, September 22, 2015

ISLAMOPHOBIA

Apa itu Islamophobia?

Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Fenomena Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama.




Istilah Islamophobia diperkenalkan pada 1996 oleh “Commission on British Muslims and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya, “Commission” tersebut yang mengeluarkan “Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us” menginstitusikan kosa kata Islamophobia sebagai bererti “prejudis terhadap Islam”, walaupun kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti “ketakutan tidak berasas terhadap Islam”. “Runnymede” turut mengenal pasti tujuh komponen yang mendefinisikan Islamophobia. Ianya seperti berikut:
• Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang;
• Islam dilihat sebagai terpisah dan “orang lain”. Ia tidak nilai persamaan dengan budaya-budaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan tidak dipengaruhi mereka,
• Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat. Ia tidak bertamadun, tidak rasional, primitif dan gila seks;
• Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat dalam pertembungan peradaban;
• Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah;
• Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi terhadap Muslim and mengasingkan Muslim daripada khalayak awam
• Permusuhan anti muslim dilihat sebagai biasa dan normal.

Oleh itu, sebagai seorang muslim, kita haruslah bersama-sama mendoakan agar gerakan ISLAMOPHOBIA ini dapat dihapuskan dan keamanan umat Islam dapat dicapai. Marilah bersama-sama kita bersatu bagi menumpaskan kezaliman ini. Hurriyah!



No comments:

Post a Comment